Sunday, 17 March 2019

CARA KURUS MUDAH



PUASA SELANG SELI

Dengan cara berpuasa 2/3 hari seminggu. 

Dan makan 500-600 kalori pada hari berpuasa secara konsisten selama 6 bulan kemungkinan berat anda akan berkurang

Makan hanya 25-30 peratus daripada keperluan tenaga badan pada hari puasa.

Jika anda seorang yang susah dalam pengawalan makanan, cara ini dapat membantu anda mengawal berat badan dengan mudah.





SARAPAN YANG SIHAT

Makan protein pada sarapan pagi dapat membantu badan anda. Makan protein untuk sarapan pagi dapat mengawal hormon selera makan untuk membantu anda sentiasa merasa kenyang. 

Ini disebabkan oleh penurunan hormon kelaparan, dan dapat bertahan sehingga beberapa jam serta melakukan kerja seharian dengan ceria.

Pilihan yang baik untuk sarapan pagi protein tinggi termasuk telur rebus, buah-buahan, avocado, oatmeals, susu dan banyak lagi.






KURANGKAN PENGAMBILAN GULA BANYAKKAN KARBOHIDRAT.

Pengambilan gula yang tak terkawal dapat menjurus kearah obesitas, kebanyakan gula terdapat pada minuman daripada makanan.

Karbohidrat adalah makanan olahan yang tidak lagi mengandungi serat dan nutrien lain. Diantaranya termasuk beras putih, roti, dan pasta.

Makanan ini dapat mencerna dengan lebih cepat, dan mampu menukar kepada glukosa dengan pantas.

Tukar makanan harian bergula kepada makanan yang lebih sihat, 

Contohnya :

  •       Beras perang, roti, dan pasta bukannya beras putih.
  •       Duah, kacang, dan chia seed bukannya makanan ringan dan fast-food.
  •       Detox drinks dan teh bukannya air berkarbonat dan minuman berais.
  •       Smoothies dengan air atau susu dan bukan jus buah-buahan.




MELAKUKAN SENAMAN KECIL DI RUMAH

Jika anda tidak mempunyai masa untuk ke gym ataupun masa yang terhad sahaja di rumah lakukan senaman dirumah selepas dan sebelum tidur juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan jika dilakukan secara konsisten.




KURANGKAN MAKANAN LUAR

Makanan diluar mempunyai lebihan msg yang mampu membuat badan anda mengambil lebihan makanan tambahan. 

Juga dapat mengelakkan anda mengambil lebihan portion yang ditetapkan.



Healthy is beauty. Kurus untuk sihat. Makan jangan tak makan tetapi makan makanan yang sihat dan seimbang.


Friday, 15 March 2019

KELEBIHAN DAN BAGUS FUNGSI HATOMUGI



                                                  

Kalau bab skincare ni antara negara yang femes dengan pengeluaran terbaik skincare mestilah jepun dan Korea kan. Tengok la kulit muka diorang semua gebu gebas, walaupun cuaca sejuk dan buatkan kulit diorang kering still licin, shining, bak glass skin katenya. 

Diorang ni jenis serious tau dalam bab-bab penjagaan kulit. Semua jenerasi dari ke muda sampai la tua, baik laki baik perempuan. So, hatamogi ni antara produk terbaik daripada jepun. 

Antara produk jepun yang femes kat Malaysia ni macam SK11, Hada Labo, Senkai dan banyak lagi la kan, kalau tengok kat drugstore tu banyak gilo tersusun produk jepun. Sebab produk jepun ni antara yang sesuai dengan kulit orang-orang asia macam kita ni kan.

"Hatomugi" ("air mata " dalam bahasa) telah lama dipanggil "tumbuhan untuk kehidupan dan kesihatan", dan digunakan secara umum sebagai teh untuk kesihatan atau ubat herba. Oleh itu, perapi kulit Hatomugi menggunakan kesan Hatomugi seperti membaiki dan menyegarkan kulit.

FUNGSI:

1. Mencerahkan / Memutihkan             
2. Menenangkan             
3. Mengetatkan liang-liang             
4. Permukaan kulit licin             
5. Normalkan kitaran pusingan sel kulit             
6. Kurangkan bintik, kecacatan dan kulit penuaan             
7. Membantu dalam keadaan jerawat dan ketuat             
8. Membaiki kulit yang terbakar matahari             
9. Tona kulit sekata            
10. Segarkan kulit  

Mengandungi Asid hyaluronic untuk meningkatkan kelembapan ke dalam kulit, memberikan penghidratan dan terbaik digunakan setiap hari supaya kulit boleh menjadi lebih lembut dan lembap.

Berminyak dan melekit tak?
Tak. Texture skin conditioner ni is like watery macam toner. Menyegarkan dan tak melekit. Selesa dipakai bila-bila masa sahaja. Sebagai toner, mask dan mist.

CARA PAKAI SEBAGAI TONER
LANGKAH 1: Titiskan beberapa titik di atas cotton pad anda
Langkah 2 : Sapukan perlahan-lahan pada kulit muka anda
LANGKAH 3: Kemudian biarkan kering sehingga 5-15minit.


 
CARA PAKAI SEBAGAI MASK
Sebagai mask: Rendam 4 pad kapas dengan losyen dan biarkan di muka selama 3 minit.


CARA PAKAI SEBAGAI MIST
Sebagai mist : Hanya sembur pada kulit bila terasa kering dan kusam.
Sebagai ubat khas: Membaiki sinaran matahari

 Kalau nak lagi best pakai berangin je rasa muka boleh simpan dalam peti sejuk. 


Boleh didapati di Watson, Guardian, Sasa.

Thursday, 14 March 2019

CARA HALANG KUCING BERAK/KENCING DI RUMAH


Hati siapa yang tak cair kalau tengok si bulus yang selalu berkelakuan mencuit hati ni kan. Para pencinta kucing semua mesti tertarik dan geram dengan si bulus yang manja yang gebu gebas tu kan. 



Tapi berbeza pula dengan stray cat atau kucing liar ni pula. Diorang ni people-friendly susah nak dekat, dekat je lari, dekat je cakar. Fuh menguji betul, kita ni nak manja dengan dia, dia buat garang dengan kita pulak, skip makan lunch kang baru tau. Gurau je, cian dia.

Tapi mana tak nya mereka dilahirkan dan dibesarkan dengan persekitaran yang bebas dan liar. So mereka semua ni bebas tu buat ape saja.

Haa bebas juga, bebas berak merata. Tempat yang selalu menjadi port si bulus liar ni untuk melepaskan hajat antaranya di halaman depan rumah dan dalam pasu bunga

Fuhh!!! Menangis bonda sis dengar, nak cium bunga tercium bau mashem taik si bulus ni.

Tak semua tahi elok untuk tanah ye, tahi ayam and tahi lembu yang dah rebut je sesuai dijadikan baja untuk tanaman sistur-sistur luar sana. Tapi tahi sibulus ni terlebih la sihatnya, kerana difahamkan sangat berbahaya dan bertoksik. Kalau tak dibuang akan merosakkan tanaman dan juga susah untuk hidup semula bunga-bunga, pokok cili, pokok limau cik kiah rongeng kita tanam luar sana.

Tapi jangan risau, ada beberapa tips atau petua agar si bulus liar luar sana agar tidak berak/kencing di tempat hotspot rumah kita.


CARA 1 : CAT REPELLENT by Daiso (Rm 5)

Beli ni dan letak ditempat-tempat diinginkan supaya sib ulus tak berak atau kencing merata.

Tapi disyorkan letak di halaman je sebab bau dia  fuhh menyengat pegang pon pakai sarung tangan tau. Benda ni macam chocolate bar ade 1 keping, bila dipecahkan ade 8 ketul sahaja.

Solid type so jangan risau tahan daripada terkena hujan.

Tahan selama 60 hari. Tapi aku guna dah berbulan baru habis. Untung kan?

CARA 2 : BOTOL MERAH

So far ni kaedah yang paling menjadi. Cara buat pon senang.
Botol air yang korang minum tadi tu jangan buang, simpan dan buang pelekat brand yang ade dibotol, tuang air dan sirap pekat-pekat. Kalau cair takkan berkesan tau dah kene.


CARA 3 : CUKA

Tuang je cuka yang ade didapur pada kawasan si bulus selalu pancut dan berak. Kalau bau terlalu kuat letak la pelembut pakaian sikit.



CARA 4 : KULIT BAWANG

Haa ni untuk tanaman mak-mak kita. Bawang yang mak dah guna masak kari tadi kulitnya jangan dibuang, simpan untuk diletakkan didalam pasu supaya menghalang kucing berak di dalamnya. Seperti di dalam gambar.

Fakta menariknya kulit bawang juga antara baja organic yang baik untuk tanaman makcik-makcik bunga tau. So 2in1 la, tanaman akan segar dan wangi tanpa tahi si bulus.

So far ni antara cara yang berkesan pada aku. Cara lain dah try tak jalan, masih sama si bulus ni dengan senang hati melepas kan hajat.

Selamat mencuba dan jangan menyerah.


Wednesday, 13 March 2019

CARA UNTUK KENALPASTI JENIS/MASALAH KULIT


Korang kene kenalpasti dahulu jenis kulit apa yang muka korang hadapi. Lepas tu baru lah boleh pilih produk untuk merawat kulit muka korang. Sama ada kulit normal, kering, kulit berminyak, ataupun kombinasi.

Kebanyakannya remaja sekarang suka mengikuti trend produk yang viral tanpa mengenal pasti jenis kulit sendiri. Kalau tersilap pakai boleh mendatangkan jerawat tau. So hati-hati, kenalpasti dulu jenis kulit muka korang. Selepas itu baru boleh beli produk yang bersesuaian.

So kat sini adalah cara nak kenalpasti jenis-jenis kulit muka.


LANGKAH 1 : Membersihkan Muka

Kalau korang pakai mekap, remove dulu guna remover supaya tiada lebihan mekap yang tertinggal bila cuci muka nanti. Kemudian baru cuci muka guna pembersih muka yang bersesuaian.


LANGKAH 2 : Basuh menggunakan air suam dan sejuk.

Semasa mencuci wajah menggunakan pembersih wajah, cuci mengunakan air suam. Setelah selesai baru bersihkan menggunakan air sejuk sahaj. Ini adalah untuk menutup liang pori yang terbuka ketika mencuci wajah tadi. Kalau tak tutup pori wajah, bacteria senang masuk dan mudah berjerawat serta terhasil whitehead/bleakhead.


LANGKAH 3 : Biar Kering
Kering kan muka korang tanpa menggunakan sebarang tuala atau tisu. Biarkan dalam tempoh yang lama antara 2/3 jam. JANGAN SENTUH MUKA WAKTU INI.


LANGKAH 4 : Senyum di depan cermin, Kenalpasti dan Tisu.

Kulit berminyak

CARA 1: Lepas senyum di cermin dan dapati kulit bersinar jadi korang antara golongan kulit berminyak.
CARA 2 : Tampalkan tisu di T-zone dan pipi, jika didapati ada minyak maka kulit muka korang jenis kulit berminyak

Kulit kering

CARA 1 : Lepas senyum, korang dapati kulit muka merekah sedikit dan kemerah-merahan maka kulit muka korang jenis kulit muka kering.
CARA 2 : Tampalkan tisu di T-zone dan pipi, tiada tompokan terhasil maka korang dalam kategori kering/normal.

Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi akan terhasil minyak di sesetengah bahagian muka jika diletakkan tisu ke wajah. Serta pori yang besar sewaktu ujian dijalankan maka kulit korang antara kulit kombinasi.


LEPAK MAKAN VIRAL, HIPSTER, KOPIMEO SEKSYEN 9 SHAH ALAM

Hi kakak-kakak abang-abang semua. Weekend ni takde jemputan kenduri nak pergi lepak mana je tu? Ada yang kenduri area shah alam takkan nak balik terus. Mesti la nak jalan-jalan luangkan masa dengan family kan? Asyik pergi Aeon Mall je naik muntah hijau dah anak tu.

Meh sini nak share satu kafe hotspot yang menjadi pilihan warga shah alam dikala dilanda kebingungan nak makan dimana.

Satu fakta menarik tentang kafe ni ialah antara kafe yang pernah masuk dalam rancangan makan femes iaitu Jalan jalan Cari Makan di TV3.

Mengetengahkan konsep layan diri atau self-service. So korang jangan tunggu bulan jatuh keriba pulak kalau nak order makanan. Lepas selesai pilih menu sila ke kaunter untuk order dan bayar terus sekali.

Tapi satu je yang aku lemah sikit pasal kafe ni. Diorang punya drinks sangat limited choices, untuk orang yang tak minum coffee macam aku ni susah sikit la kan buat pilihan. Memang ada drinks selain daripada coffee, tapi tak banyak pilihan.

Tapi jangan rungsing untuk anda yang tak minum coffe atau bawa anak kecil, disini diorang sediakan air kosong atau air mati atau mineral water atau sky juice yang diisi di dalam glass jug seperti di ikea di hadapan kaunter. PERCUMA!!! Haa ni suka, so korang boleh ambil je satu jug and seberapa banyak cawan yang korang nak letak atas meja makan korang. Easy peasy right.



View daripada depan kedai dah Nampak hipster dia kat situ ye. 




View dari dalam kedai sangat santai, seperti jatuh cinta dari pandangan pertama. 



Siap ada kids section lagi tau, so ibubapa boleh bincang nak beli perabot baru kat mana, esok nak makan apa, kids boleh main di sini dengan happy tanpa mengganggu perbualan ibubapa. 




Ni paling best siap ada gitar, sebelah je dengan kid section tak jauh daripada pintu masuk, sebelah sahaja. Boleh la abang-abang cipta melody baru kat kedai ni, nak pikat awek sebelah dengan petikan merdu tali gitar abang-abang pon boleh.




So mase ni kitrg ade buat sedikit surprise birthday and bachelorette party. Semua décor yang di dalam gambar adalah daripada kitorg sendiri tak disediakan oleh pihak kafe. Kalau korang nak buat event or birthday party simple-simple macam kitorang ni pon boleh. Cuma perlu call bagitahu tarikh dan waktu.



Ni adalah menu diorang. Makanan diorang aku boleh bagi 8/10 sedap sangat. 



Makanan yang kitorang order. 




THE LAMB MESS! 
Guna tangan depa tak sedia cutlery untuk hidangan ni.


So kalau korang nak singgah makan kedai ni senang je kedai ni terletak sebelah dengan shell tepi jalan sahaja. Selamat mencuba.

KOPIMEO SEKSYEN 9 
29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam. 


Waktu operasi 
 Monday : 12-10pm 
Tuesday : 12-10pm 
Wednesday : 12-10pm 
Thursday : 12-10pm 
Friday : 12-10pm 
Saturday : 12-10pm 
Sunday : 12-10pm

Tuesday, 12 March 2019

BASIC SKINCARE ROUTINE FOR BREAKOUT



Aku nak share sikit pasal skincare aku kat korang. Disebabkan aku dah guna bermacam-macam jenis skincare yang daripada murah sampai la ke mahal punya. Nak perbaik kulit punya pasal. Sebabnya muka pernah breakout teruk lepas pakai produk tempatan yang viral satu ketika dahulu. So produk-produk dibawah antara produk yang paling berkesan untuk lari daripada nightmare muka breakout.


Produk : Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Fungsi : Face Wash
Harga : Rm 22


Cetaphil Gentle Skin Cleanse, sangat sesuai pelbagai jenis kulit daripada kulit normal, kering, berminyak, dan sensatif. So aku adalah jenis kulit berminyak dan berjerawat, kesannya memang sangat positif. Lepas basuh guna benda alah ni kau akan rasa kulit halus sangat-sangat, sampai asyik nak pegang je. Cetaphil cleanser ni memang tak berbuih so memang atas saranan doctor pon, muka yang berjerawat sangat-sangatlah bagus pakai pencuci muka yang tak berbuih.

Kenapa kena pakai pencuci yang tak berbuih?

Sebabnya buih ni akan menganggu penghasilan minyak semulajadi ataupon natural ph yang ade pada kulit kita so bila kita pakai pencuci yang banyak menghasilkan buih nanti kulit akan jadi kering dan boleh menyebabkan jerawat dan mengelupas. So no buih, no kering, no jerawat. Giteww!


Produk : Himalaya Neem Face Wash
Fungsi : Face Wash
Harga : Rm 25.84


CARA KURUS MUDAH

PUASA SELANG SELI Dengan cara berpuasa 2/3 hari seminggu.  Dan makan 500-600 kalori pada hari berpuasa secara konsisten selama...