Meh sini nak share satu kafe hotspot yang menjadi pilihan warga shah alam dikala dilanda kebingungan nak makan dimana.
Satu fakta menarik tentang kafe ni ialah antara kafe yang pernah masuk dalam rancangan makan femes iaitu Jalan jalan Cari Makan di TV3.
Mengetengahkan konsep layan diri atau self-service. So korang jangan tunggu bulan jatuh keriba pulak kalau nak order makanan. Lepas selesai pilih menu sila ke kaunter untuk order dan bayar terus sekali.
Tapi satu je yang aku lemah sikit pasal kafe ni. Diorang punya drinks sangat limited choices, untuk orang yang tak minum coffee macam aku ni susah sikit la kan buat pilihan. Memang ada drinks selain daripada coffee, tapi tak banyak pilihan.
Tapi jangan rungsing untuk anda yang tak minum coffe atau bawa anak kecil, disini diorang sediakan air kosong atau air mati atau mineral water atau sky juice yang diisi di dalam glass jug seperti di ikea di hadapan kaunter. PERCUMA!!! Haa ni suka, so korang boleh ambil je satu jug and seberapa banyak cawan yang korang nak letak atas meja makan korang. Easy peasy right.
View daripada depan kedai dah Nampak hipster dia kat situ ye.
View dari dalam kedai sangat santai, seperti jatuh cinta dari pandangan pertama.
Siap ada kids section lagi tau, so ibubapa boleh bincang nak beli perabot baru kat mana, esok nak makan apa, kids boleh main di sini dengan happy tanpa mengganggu perbualan ibubapa.
Ni paling best siap ada gitar, sebelah je dengan kid section tak jauh daripada pintu masuk, sebelah sahaja. Boleh la abang-abang cipta melody baru kat kedai ni, nak pikat awek sebelah dengan petikan merdu tali gitar abang-abang pon boleh.
So mase ni kitrg ade buat sedikit surprise birthday and bachelorette party. Semua décor yang di dalam gambar adalah daripada kitorg sendiri tak disediakan oleh pihak kafe. Kalau korang nak buat event or birthday party simple-simple macam kitorang ni pon boleh. Cuma perlu call bagitahu tarikh dan waktu.
Ni adalah menu diorang. Makanan diorang aku boleh bagi 8/10 sedap sangat.
Makanan yang kitorang order.
THE LAMB MESS!
Guna tangan depa tak sedia cutlery untuk hidangan ni.
So kalau korang nak singgah makan kedai ni senang je kedai ni terletak sebelah dengan shell tepi jalan sahaja. Selamat mencuba.
KOPIMEO SEKSYEN 9
29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam.
Waktu operasi
Monday : 12-10pm
Tuesday : 12-10pm
Wednesday : 12-10pm
Thursday : 12-10pm
Friday : 12-10pm
Saturday : 12-10pm
Sunday : 12-10pm
No comments:
Post a Comment