Korang kene
kenalpasti dahulu jenis kulit apa yang muka korang hadapi. Lepas tu baru lah
boleh pilih produk untuk merawat kulit muka korang. Sama ada kulit normal, kering,
kulit berminyak, ataupun kombinasi.
Kebanyakannya
remaja sekarang suka mengikuti trend produk yang viral tanpa mengenal pasti
jenis kulit sendiri. Kalau tersilap pakai boleh mendatangkan jerawat tau. So
hati-hati, kenalpasti dulu jenis kulit muka korang. Selepas itu baru boleh beli
produk yang bersesuaian.
So kat sini
adalah cara nak kenalpasti jenis-jenis kulit muka.
LANGKAH 1 :
Membersihkan Muka
Kalau korang
pakai mekap, remove dulu guna remover supaya tiada lebihan mekap yang
tertinggal bila cuci muka nanti. Kemudian baru cuci muka guna pembersih muka
yang bersesuaian.
LANGKAH 2 :
Basuh menggunakan air suam dan sejuk.
Semasa
mencuci wajah menggunakan pembersih wajah, cuci mengunakan air suam. Setelah
selesai baru bersihkan menggunakan air sejuk sahaj. Ini adalah untuk menutup
liang pori yang terbuka ketika mencuci wajah tadi. Kalau tak tutup pori wajah,
bacteria senang masuk dan mudah berjerawat serta terhasil whitehead/bleakhead.
LANGKAH 3 :
Biar Kering
Kering kan
muka korang tanpa menggunakan sebarang tuala atau tisu. Biarkan dalam tempoh
yang lama antara 2/3 jam. JANGAN SENTUH MUKA WAKTU INI.
LANGKAH 4 : Senyum
di depan cermin, Kenalpasti dan Tisu.
Kulit
berminyak
CARA 1: Lepas
senyum di cermin dan dapati kulit bersinar jadi korang antara golongan kulit
berminyak.
CARA 2 : Tampalkan
tisu di T-zone dan pipi, jika didapati ada minyak maka kulit muka korang jenis
kulit berminyak
Kulit kering
CARA 1 : Lepas
senyum, korang dapati kulit muka merekah sedikit dan kemerah-merahan maka kulit
muka korang jenis kulit muka kering.
CARA 2 : Tampalkan
tisu di T-zone dan pipi, tiada tompokan terhasil maka korang dalam kategori
kering/normal.
Kulit Kombinasi
Kulit
kombinasi akan terhasil minyak di sesetengah bahagian muka jika diletakkan tisu
ke wajah. Serta pori yang besar sewaktu ujian dijalankan maka kulit korang
antara kulit kombinasi.
No comments:
Post a Comment