Hati siapa
yang tak cair kalau tengok si bulus yang selalu berkelakuan mencuit hati ni
kan. Para pencinta kucing semua mesti tertarik dan geram dengan si bulus yang
manja yang gebu gebas tu kan.
Tapi berbeza
pula dengan stray cat atau kucing liar ni pula. Diorang ni people-friendly
susah nak dekat, dekat je lari, dekat je cakar. Fuh menguji betul, kita ni nak
manja dengan dia, dia buat garang dengan kita pulak, skip makan lunch kang baru tau. Gurau je, cian dia.
Tapi mana
tak nya mereka dilahirkan dan dibesarkan dengan persekitaran yang bebas dan
liar. So mereka semua ni bebas tu buat ape saja.
Haa bebas
juga, bebas berak merata. Tempat yang selalu menjadi port si bulus liar ni untuk melepaskan hajat antaranya di halaman depan rumah dan dalam pasu bunga.
Fuhh!!! Menangis bonda sis
dengar, nak cium bunga tercium bau mashem taik si bulus ni.
Tak semua
tahi elok untuk tanah ye, tahi ayam and tahi lembu yang dah rebut je sesuai
dijadikan baja untuk tanaman sistur-sistur luar sana. Tapi tahi sibulus
ni terlebih la sihatnya, kerana difahamkan sangat berbahaya dan bertoksik. Kalau tak dibuang akan merosakkan tanaman
dan juga susah untuk hidup semula bunga-bunga, pokok cili, pokok limau cik kiah
rongeng kita tanam luar sana.
Tapi jangan
risau, ada beberapa tips atau petua agar si bulus liar luar sana agar tidak
berak/kencing di tempat hotspot rumah kita.
CARA 1 : CAT
REPELLENT by Daiso (Rm 5)
Beli ni dan
letak ditempat-tempat diinginkan supaya sib ulus tak berak atau kencing merata.
Tapi
disyorkan letak di halaman je sebab bau dia
fuhh menyengat pegang pon pakai sarung tangan tau. Benda ni macam chocolate bar ade 1 keping, bila
dipecahkan ade 8 ketul sahaja.
Solid type
so jangan risau tahan daripada terkena hujan.
Tahan selama
60 hari. Tapi aku guna dah berbulan baru habis. Untung kan?
CARA 2 :
BOTOL MERAH
So far ni
kaedah yang paling menjadi. Cara buat pon senang.
Botol air
yang korang minum tadi tu jangan buang, simpan dan buang pelekat brand yang ade
dibotol, tuang air dan sirap pekat-pekat. Kalau cair takkan berkesan tau dah
kene.
CARA 3 :
CUKA
Tuang je
cuka yang ade didapur pada kawasan si bulus selalu pancut dan berak. Kalau bau
terlalu kuat letak la pelembut pakaian sikit.
CARA 4 :
KULIT BAWANG
Haa ni untuk
tanaman mak-mak kita. Bawang yang mak dah guna masak kari tadi kulitnya jangan
dibuang, simpan untuk diletakkan didalam pasu supaya menghalang kucing berak di
dalamnya. Seperti di dalam gambar.
Fakta
menariknya kulit bawang juga antara baja organic yang baik untuk tanaman
makcik-makcik bunga tau. So 2in1 la, tanaman akan segar dan wangi tanpa tahi si bulus.
So far ni
antara cara yang berkesan pada aku. Cara lain dah try tak jalan, masih sama si bulus
ni dengan senang hati melepas kan hajat.
Selamat
mencuba dan jangan menyerah.
No comments:
Post a Comment