Aku nak share sikit pasal skincare
aku kat korang. Disebabkan aku dah guna bermacam-macam jenis skincare yang
daripada murah sampai la ke mahal punya. Nak perbaik kulit punya pasal. Sebabnya muka
pernah breakout teruk lepas pakai produk tempatan yang viral satu ketika
dahulu. So produk-produk dibawah antara produk yang paling berkesan untuk lari daripada nightmare muka breakout.
Produk : Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Fungsi : Face Wash
Harga : Rm 22
Cetaphil Gentle Skin Cleanse, sangat sesuai pelbagai jenis kulit daripada kulit normal, kering, berminyak, dan sensatif. So aku adalah jenis kulit berminyak dan berjerawat, kesannya memang sangat positif. Lepas basuh guna benda alah ni kau akan rasa kulit halus sangat-sangat, sampai asyik nak pegang je. Cetaphil cleanser ni memang tak berbuih so memang atas saranan doctor pon, muka yang berjerawat sangat-sangatlah bagus pakai pencuci muka yang tak berbuih.
Kenapa kena
pakai pencuci yang tak berbuih?
Sebabnya buih ni akan menganggu
penghasilan minyak semulajadi ataupon natural ph yang ade pada kulit kita so bila
kita pakai pencuci yang banyak menghasilkan buih nanti kulit akan jadi kering dan
boleh menyebabkan jerawat dan mengelupas. So no buih, no kering, no jerawat. Giteww!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjheJxru2uCInZPvgBhkEvYS2FLfSW2Ovf2w3kxzS4q08VyjI5pPXatIpJ33BMDZ570UILoO4ooZBUNxZ5hxDAHlQUyxpmCZwLhAgC5IIczJfxqmcXE2PMJ1PdCDKKj32_OsvBGwS4X8bxc/s320/Himalaya-Herbals-Purifying-Neem-Face-SDL084686856-1-382d0.jpg)
Produk : Himalaya Neem Face Wash
Fungsi : Face Wash
Himalaya Neem Face Wash adalah dermatologist
tested tau. Fungsi utama dia adalah untuk mengurangkan lebihan minyak dan
mengawal pertumbuhan jerawat. Mula-mula dulu beli yang tester punya kecil je
Rm11. Pakai sampai habis tengok ada perubahan acne scar yang menapak kat muka
aku selama 3 tahun ni mengecil. Wow kan, aku pon terkejut acne scar yang susah
nak tutup ni mengecil. So terus pergi beli yang besar.
Walaupun tak boleh nak flawless mcm dulu
atleast kasik kecik pon jadilakan so bila mekap takde lah gedabak acne scar atas
muka.
Produk : Neutrogena alcohol-free toner
Fungsi : Toner
Harga : Rm 17 ++
Neutrogena alcohol free toner ni
antara toner paling femes aku baca kat twitter sebabnya takde alcohol. Toner
adalah antara benda paling penting dalam penjagaan kulit. Lepas cuci muka wajib
pakai toner.
Kenapa pulak wajib pulak pakai toner ni?
Sebabnya
ramai yang tak tau, bila kita cuci muka, liang2 pori akan terbuka untuk
keluarkan lebihan minyak dan kotoran yang ada dapat kulit muka kita so toner ni
fungsi dia nak tutup balik liang pori tadi supaya takde kotoran masuk.
Kalau korang
perasan majority toner yang kita pakai akan rasa berangin, so fungsi dia nak
mengecilkan pori2 terbuka kita yang dah terbuka masa kita cuci tadi. Sebab tu
minah2 korea lepas cuci muka basuh guna air sejuk, tapi tak cukup dik, korea
sejuk kita panas litlit.
Fungsi toner,
Selain tu boleh boleh buang kulit
mati jugak. Kalau korang perasan lepas sapu guna cotton pad mesti ade hitam2,
kulit mati dan kotoran yang tak habis la tu.
Produk : Safi Balqis Serum
Fungsi : Serum
Harga : Rm 29 ++
Safi Balqis Serum bagus untuk meningkatkan proses regenerasi kulit,
membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit serta menjadikan kulit muka lebih
halus dan lembut. Pakai selepas membersihkan muka dengan toner.
So untuk kakak-kakak dekat luar sana yang taknak Nampak muka
lebih tua daripada usia ataupun berjeragat bila dah berusia nanti pakai la
serum dalam skincare routine korang okay.
Produk : Aiken Tea Tree Oil Moisturizer
Fungsi : Moisturizer
Harga : Rm 11.40
Aiken Tea Tree Oil Moisturizer adalah yang paling murah dan paling
berkesan pada kulit aku yang pernah aku pakai selama experiment yang aku buat
pada kulit. Dengan texture yang milky dan tak berminyak, sangat sesuai untuk
those yang berjerawat. Dengan ingredient utama iaitu tea tree oil berfungsi untuk membunuh
bacteria dan jerawat serta mengurangkan allergic skin reaction. So seriously you guys
should try this produk sebab . So far dah pakai 3 botol sangat-sangat best dan akan terus pakai lagi dan lagi.
Kesemua yang aku suggest kan diatas
adalah produk-produk drugstore yang korang boleh dapatkan di Watson, Guardian,
Wellness dan seangkatan dengannya di kedai-kedai berdekatan. Jangan risau, dengan
less than 100 (kalau tengah ade sale/diskaun) kulit muka korang akan terjaga
dan bebas jerawat. Tawakkal dan sabra adalah kunci utama dalam keberhasilan.
Selamat mencuba…. Next time nak tunjuk improvement muka pulak kay. see ya
No comments:
Post a Comment